![]() |
Perkhidmatan Pembungkusan Dan Pengagihan Kotak Makanan Keperluan Asas
Keperluan Asas: Teh, sardin, susu pekat manis, minyak masak, serbuk kari, gula, tepung gandum, bihun, kicap dan beras.
Sumbangan Kotak Makanan Keperluan Asas adalah bantuan asas khusus untuk keluarga B40. Sumbangan ini dijangka dapat menjimatkan perbelanjaan dapur sesebuah keluarga saiz sederhana bagi tempoh sebulan.
Inflow Global Marketing (M) Sdn Bhd mengambil inisiatif ini bagi menyediakan kotak makanan keperluan asas berdasarkan permintaan dari individu atau syarikat yang ingin membantu golongan yang memerlukan.
Mendapat kepercayaan Yayasan Kerajaan Negeri Perak Menyedia dan Mengagihkan kotak makanan ke seluruh Negeri Perak.
Mendapat kepercayaan Pejabat Perdana Menteri, Parlimen dan DUN menyediakan kotak makanan sempenan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali.
|
|||
|